KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke Majlis Persidangan Belanjawan Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) petang hari ini tadi.
Persidangan Belanjawan Sarawak 2025 merupakan komponen utama dalam usaha Kerajaan Sarawak menjayakan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS) 2030.
Terdahulu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) di antara SALIHIN dan Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE).
Tujuan pertukaran MoU berkenaan antara lain bertujuan memperkukuh pembangunan modal insan, memupuk transformasi digital dan kedudukan mampan serta kecemerlangan Sarawak dalam inovasi.
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif SCOPE Joseph Lim Jit Sek, Pengasas merangkap Rakan Kongsi Pengurusan Kumpulan SALIHIN Dr Salihin Abang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak Siti Rahanah Amat Dollah.